50 Kata Mutiara dalam Islam [Bagian 2]
Pada kiriman sebelumnya, kami telah menukilkan 50 kata mutiara dalam Islam. Kiriman berikut ini merupakan kelanjutan dari 50 kata mutiara tersebut.
50 Kata Mutiara dalam Islam [Bagian 2]
051. Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan
rahmatullah’alaih berkata: 1. Sibukkan dirimu dalam usaha agama; jika tidak kamu
pun akan sibuk tapi bukan dalam agama. 2. Gunakan waktumu untuk agama; jika
tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama. 3. Gunakan hartamu untuk
agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama. 4. Mati lah kamu
dalam agama; jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.
052. Dakwah para Anbiya AS mentablighkan 1.
Tauhid: Keyakinan yang sempurna, 2. Risalah: Jalan keselamatan atau cara hidup,
3. Akhirat: Tujuan akhir kehidupan atau tempat kembali manusia. - Maulana
Yunus
053. Maksud dihantar para Anbiya AS adalah
untuk 1. Dakwah (Yatluu 'alaihim aayaatihi): Menyampaikan perkara yang Haq, 2.
Ta'lim (Yu'allimuhumul kitaab): Mengajar manusia mengenal yang Haq, 3. Tazkiyah
(Yuzakkiihim): Memperbaiki Akhlak dan Keyakinan manusia. - Maulana
Yunus
054. Nikmat kerajaan Allah berikan kepada
musuh Allah juga seperti Firaun dan Namrud. Nikmat harta juga Allah telah
berikan kepada musuhnya yaitu Qorun. Nikmat kesehatan Allah juga berikan kepada
musuhnya yaitu Kaum Ad. Nikmat Teknologi industri dan Arsitektur juga Allah
berikan kepada kaum Tsamud. Nikmat Pertanian juga Allah berikan kepada kaum
Saba. Namun nikmat yang paling mulia adalah pertolongan dari Allah untuk
mengikuti jalannya para Anbiya AS dan sahabat RA. - Maulana Yunus
055. Abu Ali ad-Daqqaq rahimahullah berkata:
“Siapa yang banyak mengingati kematian maka akan mendapat tiga kemuliaan:-
bersegera untuk bertaubat, hatinya qana'ah (merasa cukup) dan sentiasa
bersemangat dalam beribadah.” (at Tadzkirah, Imam al-Qurthubi, m/s.
15)
056. Mencari kemuliaan dalam usaha dakwah
maksudnya adalah bagaimana Pemilik dakwah yakni Allah Swt redha kepada
da'iNya.
057. Ahlul Masjid ialah orang-orang yang
senantiasa memakmurkan masjid Allah dan hatinya senantiasa terpaut dengan
masjid. Atas maksud ini, perlu setiap daripada kita bersedia dan mengambil
keputusan supaya menjadi Ahlul Masjid dan memakmurkan masjid-masjid Allah dimana
sahaja berada. - Bayan KH. Abdul Halim
058. Jika Dakwah yang Haq ditegakkan maka
Allah Swt akan hancurkan keyakinan yang batil. Dakwah adalah cara Allah Swt
untuk menghancurkan kebatilan dan menghadirkan yang Haq. Allah Swt tidak perlu
tentera untuk menghancurkan kebatilan. Allah Swt hancurkan tentera Abrahah
dengan burung kecil yang membawa batu, lalu kaum 'Ad dengan angin, kaum Luth
dengan gempa dan gunung, Saba' dengan banjir dan kaum Tsamud dengan teriakan
malaikat. - Maulana Ibrahim
059. Allah Swt telah jadikan dunia ini sebagai
tempat ujian, Darrul Intihan. Setiap manusia dalam keadaan apa sahaja dan siapa
sahaja akan di uji oleh Allah Swt. Kesenangan itu ujian daripada Allah,
kesusahan juga merupakan ujian daripada Allah. Allah Swt tidak memandang status
atau kedudukan seseorang, yang Allah lihat adalah sejauh mana orang itu mahu
sabar dalam ujian dan taat pada perintah Allah ketika di uji. - Maulana
Yunus
060. Semua manusia ingin kebahagiaan. Allah
Swt hanya memberikan kebahagiaan kepada mereka yang mengikuti Nabi s.a.w. Kepada
mereka yang tiada keinginan di dalam hatinya untuk mengikuti cara kehidupan Nabi
s.a.w, maka Allah Swt akan menjadikan segala yang dilakukan seakan-akan
mendatangkan manfaat. Sebaliknya, apa yang mereka kerjakan hanyalah menjadi
asbab mudharat. Hidup akan terperangkap di dunia ini, yang ada hanyalah
kekecewaan, ketakutan, tiada ketenangan, selalu berasa kekurangan dan tidak
pernah merasa cukup.
061. Sesungguhnya kita bukanlah orang
Pakistan, India, Indonesia, Amerika atau orang dunia, tapi kita adalah orang
akhirat yang sedang berada di dunia. Nabi Adam a.s adalah berasal dari syurga,
maka kampung kita yang sebenarnya ada di syurga. Oleh kerana itu, setiap diri
kita harus kembali ke syurga. - Hajji Mohammed Abd Wahhab
062. Dalam menjalankan usaha dakwah, jangan
merendahkan sesiapa, walau pun orang tersebut buta huruf atau miskin. Jangan
mengutamakan orang kaya atas orang miskin. Bahkan hendaknya lebih berghairah dan
bergembira ketika menghadapi orang miskin. - Maulana Said Ahmad Khan
063. Selalulah berusaha untuk menjaga agar
hati tetap bersih dalam melihat keadaan umat Islam. Tanpa kebersihan hati akan
timbul perasaan benci di dalam hati sehingga akan menghalang usaha mengislahkan
diri. Hadapilah orang-orang yang berbuat maksiat dan zalim dengan lemah lembut
dan kasih sayang. - Maulana Umar Palampuri rah.a
064. Orang alim ialah doktor agama dan cinta
dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret
penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain?
(Fudhail ibn 'Iyadh)
065. Sheikh Junaid al Baghdadi rahimahullah
berkata: Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada
sifat tawadhuk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari
melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut
dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di
dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku
terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-kekasih
Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.
066. Sebahagian ulama berkata: Sesiapa yang
bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah kekhusyukannya (kerendahan hatinya).
Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi rahimahullah, Apakah
ilmu yang paling berguna? Jawabnya, Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah swt
dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu.
067. Adalah ditakuti seseorang Islam yang
benci kepada orang Islam yang lain, matinya dalam keadaan tidak beriman. - Hajji
Mohammed Abd Wahhab
068. Hendaklah bergantung lebih dengan
janji-janji Allah daripada janji-janji manusia. (Syaqiq Al-Bakhi)
069. Sentiasalah mengingat Allah. Jika kamu
tidak boleh berbuat itu, maka ingatlah mati selalu. (Abu Ishaq Ibrahim
Al-Syaibani)
070. Jika kamu ingin merdeka dari belenggu
kehendak dunia, sembahlah Allah dengan ikhlas. (Abu Ishaq Ibrahim
Al-Syaibani)
071. Maksud ilmu yang pertama dan utama agar
seseorang itu mengislah kekurangan dan kelemahan dirinya, memahami kewajipan
atas dirinya dan berusaha memperbaiki dirinya. Apabila ilmu digunakan untuk
menyalahkan orang lain dan mencari keaiban orang, maka ilmu itu akan menjadi
asbab takabur dan sombong lalu ilmu itu akan membinasakan pemilik ilmu itu
sendiri - Maulana Muhammad Ilyas rah.a
072. Untuk si mukmin itu tiap-tiap tempat itu
adalah masjid dan tiap-tiap hari itu adalah hari Jumaat. (Abu Hasan
Al-Khirqani)
073. Daripada Qatadah r.a, dia mengatakan:
Diceritakan kepada kami bahawa Umar ibn al-Khattab r.a telah membaca ayat Surah
Al-‘Imran 3: 110 (Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk
manusia..), kemudiannya berkata, Wahai manusia! Sesiapa yang suka untuk menjadi
sebahagian daripada ayat ini, maka tunaikanlah syarat Allah (yang terkandung) di
dalamnya. (Ibnu Jarir daripada Qatadah sebagaimana dicatatkan dalam
Kanzul-‘Ummal)
074. Hati yang rindu kepada Allah itulah hati
yang paling baik. (Abu Hasan Al-Khirqani)
075. Janganlah benci kepada orang yang berdosa
itu, kerana kamu tidak tahu sebelum ia meninggal dunia, mungkin ia bertaubat dan
Allah terima taubatnya dan meninggikan darjatnya. (Dzun-Nun Al-Misri)
076. Apakah gunanya dunia jika itu menyebabkan
kamu lupakan Allah. (Dzun-Nun Al-Misri)
077. Tanda orang yang beriman itu ialah dia
menentang perkara keduniaan dan tidak pernah memuji makhluk. (Dzun-Nun
Al-Misri)
078. Orang yang menggali asas dasar dunia ini
dan di situ membina bangunan akhirat adalah orang yang bijak. (Hasan
Al-Basri)
079. Akhir dunia dan awal akhirat ialah dalam
kubur. (Hasan Al-Basri)
080.Memikirkan ayat-ayat Quran itu membawa
kepada nur (cahaya) dan matlamat yang sama itu juga boleh dicapai dengan
memikirkan kurniaan dan kemuliaan Allah. Quran itu menerbitkan cinta Allah
kepada pembacanya. Fikirkanlah janji-janji Allah dan ini akan menerbitkan takwa
kepada Allah. (Junaid Al-Baghdadi)
081. Apabila seseorang memikirkan rahmat
Allah, ia akan dapat mengelakkan dosa kerana dia khuatir jika dia berbuat dosa,
dia tidak akan diberi rahmat itu. (Junaid Al-Baghdadi)
082. Kebahagiaan itu dalam mengenang Allah.
(Said Al-Khiraz)
083. Ibnu Umar berkata kepada orang yang
memanggilnya sebagai faqih: Sesungguhnya orang yang faqih itu adalah orang yang
zuhud kepada dunia dan sangat merindukan akhirat.(Syarah Ibnu Batthal 1/149,
Syarah an-Nawawi 3/489 asy-Syamilah)
084. Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu
berkata: Bukanlah ilmu itu dengan banyaknya riwayat, akan tetapi hakikat ilmu
itu adalah khas-yah/ rasa takut kepada Allah. (al-Fawa’id/142)
085. Sopan santun yang sebenarnya itu ialah
kamu merasai Allah berserta dengan kamu dan apabila bercakap kamu berasa Allah
berada di hadapan kamu. (Abdullah Manazil)
086. al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali
rahimahullah berkata: “Ilmu yang bermanfaat merujuk kepada dua perkara, iaitu
ilmu tentang keagungan Allah Ta’ala yang diketahui melalui nama-nama-Nya yang
indah (al-husna) dan sifat-sifat-Nya yang mulia yang menjadi hak-hak-Nya. Dengan
mengetahuinya, akan membawa kepada pengangungan, rasa takut, cinta (mahabbah),
harapan, sabar, redha dan tawakkal hanya kepada Allah. Kedua, ilmu yang membawa
kepada segala apa yang diredhai dan dicintai oleh Allah. Yang dengan ilmu
tersebut menjadikan kita menjauhi segala apa yang dibenci dan dilarang
oleh-Nya.” (Fadhlu ‘Imli as-Salaf ‘ala al-Kholaf)
087. Ada orang duduk bercampur gaul dengan
perempuan dan mengatakan mereka tidak ada apa-apa meski pun mereka melihat
kepada perempuan-perempuan itu. Saya katakan bahawa selagi nafsu mereka itu
belum hapus seluruhnya, mereka hendaklah menurut undang-undang Quran dan
menjauhkan diri dari perkara yang dilarang. (Qasim Al-Nasrabadi)
088. Kamu akan berasa kedamaian apabila
bercakap tentang Allah sahaja. (Abu Bakar Al-Syibli)
089. Apa yang telah ditakdirkan untukmu pasti
kamu dapat walau pun seribu halangan, dan apa yang tidak ditakdirkan untukmu
dengan tidak ada usaha bagi pihakmu, kamu boleh mendapatnya. Oleh itu, apakah
yang kamu dapat dengan mengamalkan zuhud. (Abu Bakar Al-Syibli)
090. Kebijaksanaan yang tinggi itu terletak
menghargai sepenuhnya hidup ini dan menggunakannya di jalan Allah. (Abu Bakar
Al-Syibli)
091. Bagi orang yang mencintai dunia, maka
akan berkuranglah cintanya kepada Allah, sehingga lalai dalam munajat kepada
Allah, kerana umumnya manusia digerakkan oleh apa yang dicintainya. (Imam
Ghazali rahimahullah)
092. Imam Syafi'i rahimahullah menasihatkan:
Berusahalah menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqh dan juga menjalani
tasawuf, dan janganlah hanya mengambil salah satu darinya. Sesungguhnya demi
Allah saya benar-benar ingin memberi nasihat kepadamu. Orang yang hanya
mempelajari ilmu fiqh tetapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak
dapat merasakan kelazatan takwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf
tetapi tidak mahu mempelajari ilmu fiqh, maka bagaimana dia beroleh kebaikan?
(Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i/47)
093. Ibnu Abdil Bar menukil perkataaan Imam
Ahmad bahawa beliau berkata: Berpeganglah dengan atsar sahabat dan al-hadits,
dan sibukkanlah diri dengan hal-hal yang bermanfaat. Jauhilah
berbantah-bantahan, kerana orang yang suka berdebat tidak akan pernah
memperolehi kebaikan. (Jami al-Bayan al-Ilmi)
094. Imam al-Lalikai menukil perkataan Imam
Malik bahawa beliau berkata: Aku membenci perdebatan dalam
permasalahan-permasalahan agama. Dan penduduk negeri kita (Madinah) membenci dan
melarangnya, seperti perdebatan pemikiran Jahmiah dan Qadariah dan yang serupa
dengannya. Dan aku membenci perbincangan, kecuali perbincangan yang akan
mendatangkan manfaat berupa amal. (Syarhul Usul I’tiqad Ahlussunnah wal
Jamaah)
095. Sahabat r.hum meyakini ilmu agama,
mengamalkan ilmu agama & menyampaikan ilmu agama. Apabila mereka bangun
di atas ketiga-tiga asas ini, maka Allah telah memberi kejayaan kepada mereka
dan menghancurkan kebatilan di seluruh dunia. Pada hari ini juga, sekiranya kita
berjalan di atas tiga asas tersebut maka pasti Allah akan memberi kejayaan yang
sama dan menghancurkan kebatilan di seluruh dunia dalam waktu yang singkat. -
Maulana Qasmi Mohammad Shauket
096. Syekh Abdul Wahab Assyakroni menukilkan
di dalam kitabnya: Barangsiapa dalam usaha agama dicaci maki orang dia sabar,
ikhlas, redha, tidak marah, maka sebentar lagi dia akan diangkat Allah sebagai
Imam(asbab) Hidayah. - Bayan KH. Khuzairon
097. Mukmin itu ialah mereka yang
mempertahankan perintah Allah walau di mana dan di dalam keadaan apa jua,
bukannya orang yang meninggalkan perintah Allah demi mempertahankan kebendaan
dan keduniaan. Mukmin itu ialah mereka yang mengejar perintah Allah, bukannya
orang yang mengejar keduniaan. Mukmin meyakini bahawa kebahagiaan ada di dalam
perintah Allah bukan dalam asbab-asbab keduniaan. - Maulana Muhammad Yusuf
rah.a
098. Ada orang bertanya kepada Abu Uthman
Al-Hiri rahimahullah. Tuan, lidahku menyebut Allah tetapi fikiranku entah ke
mana. Apa patut saya buat? Al-Hiri menjawab, Syukurlah kepada Allah kerana
kurnianya dapat kamu menyebut nama Dia. Allah akan kurniakan pula kepada
anggota-anggota yang lain jika kamu bersyukur kepada Allah.
099. Allah berfirman bahawa Dia menjadikan
manusia untuk menghambakan diri kepadaNya, bukan untuk tujuan lain. (Abu
Muhammad Royam)
100. Hidup di dunia ini umpama tidur dan hidup
di akhirat umpama jaga. Jika seseorang itu menangis semasa mimpinya, dia akan
ketawa apabila dia sedar. Begitu juga, orang yang menangis dalam dunia ini
kerana takutkan Allah akan senyum di akhirat. (Yahya bin Ma'adz Ar-Razi)