50 Kata Mutiara dalam Islam dan Dakwah Islam [Bagian 4]

Islam adalah agama yang agung. Salah satu tugas dan tanggung jawab umat Islam saat ini (umat Nabi Muhammad SAW) adalah tugas dakwah. Meneruskan perjuangan Baginda Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Berikut ini adalah 50 Kata Mutiara dalam Islam dan Dakwah [Bagian 4]


50 Kata Mutiara dalam Islam dan Dakwah Islam [Bagian 4]


151. Berkata Zaid bin ad-Datsinah r.a ketika ditawan oleh musyrikin: “Demi Allah, aku tidak akan rela jika saat ini Muhammad di rumahnya tertusuk duri, sementara aku berada di rumah bersenang-senang bersama keluargaku.” (Jala'ul Afham/297-298, Tahqiq Syeikh Masyhur)

152. Usaha dakwah bagi umat ini adalah umpama pekerjaan meneroka hutan belantara dijadikan ladang. Kerja yang sangat berat, sukar dan penuh bahaya. Risiko ialah membersihkan hutan belantara dari segala pokok semak samun, binatang buas dan jin bertandang menjadi tanah lapang yang gembur dan sedia ditanam biji benih. Kemudian menanam benih dan memelihara sehingga membesar dan mengeluarkan hasil, lalu dibawa kepada manusia supaya dimanfaatkan. Mereka yang dipilih oleh Allah, diberi hidayah akan mendapatkan hasilnya dan menikmatinya. Selain dari itu enggan dan tetap dalam kemelaratan. - Tamthil

153. Berkata Prof Hamka: “Jika kalian berpikir bahwa kalian telah berperilaku baik dan bersangka bahawa kalian baik disisi Allah manakala orang lain adalah sebaliknya berarti engkau salah, karena memandang dirimu baik adalah suatu kesombongan, sifat lupa dan lalai akan Allah.”

154. Iman akan naik jika ada usaha atas iman, Iman akan turun jika usaha atas iman menurun, Iman akan istiqamah jika usaha atas iman juga istiqamah. - Meiji Mehrab rah.a

155. Benteng terbesar bagi orang beriman ini adalah Dakwah. Hidupkan suasana dakwah maka Iman akan terjaga. - Maulana Muhammad Ilyas rah.a

156. Terus berkerja untuk agama dengan bersungguh-sungguh, pertama kali akan mengalami kelaparan (berasa kekurangan keduniaan), terus berkerja lagi maka Allah akan datangkan dunia untuk kamu. - Hajji Mohammed Abd Wahhab

157. Sesiapa yang memperbaiki hatinya kerana Allah, nescaya Allah akan memperbaiki amal perbuatannya. Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan orang lain. (Fudhail ibn 'Iyadh)

158. Sahabat r.a menggunakan 100% hidup mereka untuk agama tetapi kita berhabis-habisan untuk perkara dunia, sehingga kita menjadi budak orang kafir. Maka kita perlu beristighfar dan bertaubat sebanyak-banyaknya, kerana seseorang yang beristighfar dan bertaubat dengan ikhlas, seolah-olah tidak berbuat dosa dan kita juga mengajak orang lain juga untuk bertaubat. Ketika kita mengajak orang lain, kita perlu bersabar, seperti lautan yang selalu menerima segala sesuatu dan mencucinya menjadi bersih. - Maulana Ehsan ul-Haq

159. Dakwah adalah fardhu 'ain. Jika dakwah dijadikan fardhu kifayah, maka niat dakwah itu untuk memperbaiki orang lain. Amalan fardu kifayah selalunya bertujuan untuk orang lain, seperti sholat jenazah tetapi solat fardhu bertujuan untuk diri sendiri, sehingga hukumnya fardhu 'ain. Demikian pula wajibnya dakwah adalah untuk menyelamatkan iman dalam diri sendiri. Bermujahadah dalam dakwah adalah untuk manfaat diri sendiri (waman jaahada fainnamaa yujaahidu linafsih). - Maulana Muhammad Saad

160. Seorang bertanya kepada Muhammad Ibn Wasi' rahimahullah, “Bagaimana kamu?” Ibnu Wasi' menjawab: “Apa hendak kamu tanya kepada orang yang tempoh hidupnya makin lama makin berkurang, tetapi dosanya makin lama makin bertambah.”

161. Nusratullah akan datang dengan sabar dan taqwa (waintashbiruu watattaquu, laa yadurrukum kaiduhum syai’aa). Bersabar tanpa taqwa, tidak akan mendatangkan pertolongan Allah Swt. Sabar tanpa taqwa seperti kesabaran pencuri yang tertangkap dan dipukul(hukuman) oleh polis. - Maulana Muhammad Saad

162. Dakwah mewujudkan isti’dat iaitu kemampuan untuk berbuat baik, seperti membajak atau menyediakan tanah sawah untuk digunakan. Dakwah juga memberi kemampuan istiqamah untuk mereka yang telah beramal. - Maulana Muhammad Saad

163. Dakwah dilakukan agar terkesan hanya kepada Allah Swt. Menafikan makhluk dan terkesan hanya kepada Allah Swt ini akan menghadirkan pertolongan daripada Allah Swt. Dengan cara 1.Mewujudkan zikir dan halqah iman, 2.Mentablighkan pengorbanan anbiya as terhadap kaumnya. 3.Mentablighkan nusrah Allah terhadap anbiya dan sahabat. 4.Mentablighkan tanda-tanda dan ciri orang yang beriman. - Maulana Muhammad Saad

164. Sabar itu ialah tetap tegaknya keinginan terhadap agama ketika berhadapan dengan keinginan nafsu. (Imam Ghazali rahimahullah)

165. Bayan maghrib di Ijtima Malaysia 2009, Maulana Ahmad Lat mengatakan: “3 perkara persamaan atau persekutuan usaha Nabi-nabi dan Rasul-rasul sepanjang zaman: 1. Menyeru kepada tauhid yang tulen, mengesakan dan mengagungkan Allah swt. 2. Tidak ada apa-apa khoraz dan kepentingan hanyasanya inginkan kebaikan. 3. Tidak meminta apa-apa upah dan apa-apa ganjaran.”

166. Sufyan ats Tsauri rahimahullah berkata kepada murid-muridnya: “Seandainya Allah Swt mengubah bumi ini dengan segala isinya menjadi besi, kemudian kamu bertanya, Kita mahu makan apa? bererti kamu belum beriman.”

167. Berkata Imam Ibnu Hibban rahimahullah: “Bagaimana mungkin orang punya sifat sombong, awalnya diciptakan dari air mani, akhirnya menjadi bangkai, dan hidupnya di dunia membawa kotoran dalam perutnya.” (Roudhotul Uqola'/ 61)

168. Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia. (Imam Ghazali rahimahullah)

169. Jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan. (Imam Ghazali rahimahullah)

170. Orang yang beriman menutup ‘aib dan menasihati, manakala orang yang jahat pula dia membuka ‘aib dan memburuk-burukkan. (Al-Fudhail bin ‘Iyadh)

171. Maulana Ilyas pernah berkata: “Pada pendapat saya, taklim ini lebih penting daripada takril yakni taklim ini lebih penting daripada bayan, kerana bayan adalah percakapan yang keluar dari mulut kita, sedangkan taklim adalah apa yang dibacakan dari firman-firman Allah SWT dan sabdaan-sabdaan Rasulullah SAW.”

172. Maulana Muhammad Ilyas rah.a pernah berkata: “Hari ini tempat amal telah diambil oleh muzakarah, banyak cakap tetapi kurang amal.”

173. Dalam usaha agama ini, perlu pengorbanan diri dan harta kedua-duanya sekali, walaupun mereka boleh hanya mengorbankan harta mereka sahaja untuk buat usaha, tetapi itu hanyalah untuk kesan sementara dan tidak mampu untuk mengubah kehidupan mereka seperti para sahabat r.hum, daripada orang yang tidak taat pada Allah kepada orang yang taat pada Allah. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a

174. Kesabaran atau kesanggupan seorang daie menanggung kepayahan semasa dia berdakwah akan menjadi asbab orang yang didakwah mendapat hidayat. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a

175. Kalaulah kita dapat beli usaha kita, seluruh umat kita akan dapat bawa amal yang tinggi, amal agama yang sempurna tetapi umat ini masih lagi berpecah-pecah. Selagi umat ini berpecah-pecah, selagi itulah harta dan diri orang Islam masih belum selamat lagi. - Maulana Muhammad Yusuf rah.a

176. Imam Bakar al-Muzani rahimahullah berkata: “Apabila engkau melihat orang yang sibuk dengan aib manusia tetapi dia melupakan aibnya sendiri, maka ketahuilah dia diperdaya oleh syaitan.” (Shifatush Shoffah: 3/294)

177. Hazrat Ali bin Abi Thalib r.a berkata: “Dunia berjalan meninggalkan manusia sedangkan akhirat berjalan menjemput manusia dan masing-masing mempunyai penggemar, kerana itu jadilah engkau penggemar akhirat dan jangan menjadi penggemar dunia. Sesungguhnya masa ini, hidup di dunia adalah masa beramal bukan masa pembalasan, sedangkan esok hari akhirat adalah masa pembalasan bukan masa beramal.”

178. Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata: “Sunnah adalah jalan yang dilalui, termasuk diantaranya adalah berpegang teguh pada sesuatu yang dijalankan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan para Al-Khulafa Ar-Rasyidin, berupa keyakinan, amalan dan ucapan. Itulah bentuk sunnah yang sempurna.” (Jami'ul Ulumiwal Hikam: I/120)

179. Berkata Ibnu Umar r.a: “Orang mu’min itu ibarat seperti pohon kurma, selama kamu mengambil sesuatu darinya maka kamu akan mendapat manfaatnya.” (Fathul Bari: 1/147, Mu’jamul Kabir: 12/13514)

180. Habib bin Asy-Syahid berkata kepada anaknya: “Wahai anakku, bergaullah dengan para fuqaha dan ulama dan belajarlah adab dari mereka. Sesungguhnya hal itu lebih aku sukai daripada (menghafal) banyak hadis.” (Tazkiratus Sami’ wal Mutakallim: 2)

181. Ibnu Sirin berkata: “Para salafus soleh mempelajari adab sebagaimana mereka mempelajari ilmu.” (Tazkiratus Sami’ wal Mutakallim: 2)

182. Abu Bakar al Mithwa’i berkata: “Aku selama 10 tahun mengikuti pengajian Imam Ahmad yang membacakan kitab al-Musnad kepada anak-anaknya. Aku tidak menulis satu pun hadis darinya. Aku hanya belajar adab dan akhlak beliau.” (Tazkiratus Sami’ wal Mutakallim: 3)

183. Az-Zahabi menceritakan bahawa majlis ilmu Imam Ahmad dihadiri oleh 5,000 orang. 500 orang diantaranya mencatat, sedangkan selebihnya mengambil manfaat daripada perilaku, akhlak dan adab beliau. (Siyar A’lam an-Nubala: 11/316)

184. Imam Abu Hanifah pernah berkata: “Kisah-kisah para salafus soleh lebih aku sukai daripada membahas masalah fiqh. Kerana pada kisah mereka terdapat pengajaran adab dan akhlak mulia.” (Tartib al-Madarik wa Taqrib al-Masalik: 1/23)

185. Hazrat Umar bin Khattab r.a berkata: “Hendaklah kalian mendengar cerita-cerita tentang orang-orang yang memiliki keutamaan, kerana hal itu termasuk dari kemuliaan dan padanya terdapat kedudukan dan kenikmatan bagi jiwa.” (‘Ainul Adab wa As-Siyasah: 158)

186. Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku mengetahui bahawa rezekiku tidak akan dimakan orang lain, maka tenteramlah hatiku. Aku mengetahui bahawa amalku tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibuk mengerjakannya. Aku mengetahui bahawa kematian akan datang tiba-tiba, maka aku bersiap-siap menghadapinya. Dan aku tahu bahawa diriku tidak akan lepas daripada pantauan Allah, maka aku merasa malu kepada-Nya.” (Manaqib al-Imam Ahmad: 11/485, Wafayat al-A’yan: 2/27)

187. Ibnul Mubarak pernah bersyair: “Aku melihat dosa-dosa itu mematikan hati. Dan selalu melakukan dosa akan menyebabkan kehinaan. Meninggalkan dosa-dosa dapat menghidupkan hati. Dan yang terbaik bagimu adalah menjauhinya.” (Ad-Daa’ wa ad-Dawaa’: 95)

188. Hendaklah benar-benar khusuk dalam solat sehinggakan tatkala kamu rukuk dan tombak dilontar kepadamu, kamu tidak akan merasai sakitnya. (Uwais Al-Qarni)

189. Sebesar zarah iman adalah lebih baik dari kekayaan dunia, kerana ia membawa kepada keselamatan. (Dzun-Nun Al-Misri)

190. Ilmu jika tidak disertai dengan iman adalah tidak berfaedah. (Ibrahim bin Adham)

191. Ibn Ata'illah al-Iskandari rahimahullah dalam kitab al-Hikamnya menerangkan: “Pada hakikatnya manusia terbahagi kepada 4 bahagian: 1.Manusia yang dijadikan Allah Swt untuk berkhidmat kepada Allah dan menjadi ahli syurga. 2.Manusia yang dijadikan Allah Swt bukan untuk berkhidmat kepadaNya tetapi memasuki syurgaNya. 3.Manusia yang dijadikan Allah Swt bukan untuk berkhidmat kepadaNya dan bukan pula menjadi ahli syurgaNya. 4.Manusia yang dijadikan Allah Swt untuk berkhidmat kepadaNya tetapi tidak mendapat syurgaNya.”

192. Air dan minyak tidak akan bercampur, begitu juga Haq dan Batil. - Tamthil

193. Waki' menceritakan bahawa dia keluar bersama ats-Tsauri pada hari raya. ats-Tsauri berkata: “Amalan pertama yang akan kita mulakan pada hari ini ialah menundukkan pandangan.” (Hilyat al-Awliya': 7/23)

194. Amru bin Murrah berkata: “Aku terlihat seorang wanita dan aku tertarik kepadanya. Kemudian, aku tutup mataku. Aku harapkan ianya menjadi kaffarah bagi dosaku.” (Hilyat al-Awliya: 5/95)

195. Saya menaruh belas kasihan kepada tiga orang iaitu orang mulia dalam kaumnya yang menghinakan diri, orang kaya dalam kaumnya yang memiskinkan diri dan orang yang berilmu yang dipermainkan dunia. (Al-Fudhail bin Iyadh)

196. Disambut ilmu dengan amal perbuatan. Jika ada demikian, maka ilmu itu akan menetap. Jika tidak, maka dia akan berangkat. (Sufyan Ats-Tsauri)

197. Aku telah membaca dalam beberapa kitab lama bahawa Allah Ta'ala berfirman: “Bahawa yang paling mudah Aku perbuat dengan orang yang berilmu apabila ia mencintai dunia, ialah Aku keluarkan dari hatinya kelazatan bermunajat dengan Aku.” (Malik bin Dinar)

198. Sesungguhnya hilanglah keelokan ilmu dan hikmah, apabila dicari dunia dengan keduanya. (Yahya bin Ma'adz Ar-Razi)

199. Berkata Al-Hasan rahimahullah: “Siksaan bagi orang yang berilmu ialah mati hatinya. Mati hati ialah mencari dunia dengan amal perbuatan akhirat.”


200. Sa’id bin Al-Musayyib meriwayatkan seorang tabi’in yang mulia pernah berkata: “Sesungguhnya usiaku telah mencapai 80 tahun, dan yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita.” (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah: 7/17)
Previous
Next Post »

2 komentar

Write komentar
June 10, 2017 at 1:37 PM delete

192. Air dan minyak tidak akan bercampur, begitu juga Haq dan Batil. - Tamthil


Matur nuwun sudah mampir ke sini, Mbak Wahyu.

Reply
avatar

Terima kasih telah membaca.
Berikan tanggapan Anda di kolom komentar. EmoticonEmoticon