50 Kata Mutiara dalam Islam dan Dakwah [Bagian 3]

Islam adalah agama yang agung. Salah satu tugas dan tanggung jawab umat Islam saat ini (umat Nabi Muhammad SAW) adalah tugas dakwah. Meneruskan perjuangan Baginda Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Berikut ini adalah 50 Kata Mutiara dalam Islam dan Dakwah [Bagian 3]


50 Kata Mutiara dalam Islam dan Dakwah [Bagian 3]


101. Seseorang itu tidak akan dapat menikmati lazat menyembah Allah jika dia tidak membuang rasa lazat terhadap apa-apa yang ada di dunia ini. (Abu Ishaq Ibrahim)

102. Solat tengah malam itu walaupun dibuat dengan pendek(ringkas) adalah sangat memberi kesan dan pengaruh. (Abu Ishaq Ibrahim)

103. Kerosakan Umat secara keseluruhan tidak dapat diperbaiki hanya dengan menyuruh seorang Wali Allah untuk berdo'a sambil menangis di tengah malam. Do'a tersebut tidak akan mengubah keadaan menjadi lebih baik. (Malfuzat Hadhratji/174)

104. Siapa sahaja yang berkerja (bermujahadah) dalam mentaati perintah-perintah Allah sehingga ke batas terakhir kemampuan, apa yang dia tidak mampu, maka Allah Swt akan sempurnakan. - Hajji Mohammed Abd Wahhab

015. Hazrat Umar r.a telah berkata ‘kunna azalannas’ sesungguhnya kami adalah seburuk-buruk, sehina-hina manusia, dan ‘faz azanallahul islam’ Allah telah jadikan semulia-mulia manusia di dunia ini adalah kerana agama. Jika kami memilih jalan selain dari jalan Allah Swt muliakan kami dalam Islam maka pasti kami tidak akan dapat kejayaan bahkan kami akan dapat kehinaan. - Bayan Maulana Abdul Rahman

106. Sebagaimana ahli dunia cenderung kepada keduniaannya, begitu pula hendaknya ahli akhirat cenderung kepada akhiratnya.

107. Muzakarah mesyuarah: 3 perkara yang harus difikirkan oleh setiap Da’ie, 1.Mewujudkan kerja dakwah dengan mengeluarkan jemaah ke seluruh alam. 2.Memelihara kerja dakwah dengan musyuarah dan amal maqami. 3.Meningkatkan kerja dakwah dengan tambah korban harta, diri dan masa.

108. Ibn Ata'illah al-Iskandari rahimahullah dalam kitab al-Hikamnya mengatakan: “Kamu bersungguh-sungguh mencari rezeki yang sudah ditanggung (oleh Allah) untukmu, tetapi dalam masa yang sama melalaikan kewajiban yang dibebankan ke atasmu. Itu merupakan bukti akan kebodohan mata hatimu.”

109. Mahabbah kepada semua makhluk. Rela berkorban untuk agama dengan masa, diri dan harta. Niat islah diri. Mencari redha Allah. Istighfar setelah beramal. Tabah dalam menghadapi segala ujian. Menisbatkan diri hanya kepada Allah. Tidak putus asa terhadap segala kegagalan. Sabar seperti unta, Tawadhu' seperti bumi, Tegak kukuh seperti gunung, Berpandangan luas seperti langit, Bergerak memberi manfaat seperti matahari.

110. Allah Swt menjadikan asbab untuk menguji keyakinan manusia. Seorang bayi yang lahir daripada perut wanita, seakan-akan bayi ini tercipta daripada wanita. Walaupun wanita ini, Allah gunakan beberapa saat sebagai asbab terciptanya bayi, namun kita tidak boleh mengatakan bahawa wanita ini adalah Khaliq(pencipta) dan Bayi ini adalah hamba.

111. Tiada kenikmatan di dunia ini yang menyerupai kenikmatan akhirat selain daripada nikmat keimanan. (Ibnu Taimiyah/ Majmu Al'fatawa 28/31)

112. Dan kehidupan yang Allah Swt paling suka daripada sekian banyak kehidupan manusia adalah kehidupan Rasullullah s.a.w. Maka barangsiapa, siapa sahaja daripada orang kaya atau orang miskin, orang pandai atau orang kurang cerdik, orang sihat atau orang sakit, orang kampung atau orang bandar, jika dia mengamalkan kehidupan Rasullullah s.a.w, maka dia akan berubah menjadi kekasih-kekasih Allah.

113. Tidak ada manfaat daripada wang jika tidak dibelanjakan di jalan Allah. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang jika kebodohannya mengalahkan kesabarannya. Dan jika seseorang tertarik dengan pesona dunianya yang rendah, Allah tidak akan redha kepadanya selama dia masih menyimpan segala selain daripada Allah dalam hatinya. (Ibrahim bin Adham)

114. Seseorang yang beranggapan bahawa perintah-perintah Allah yang difardhukan kepadanya sebagai menyusahkan adalah seperti bayi dalam kandungan perut ibunya, tidak menghendaki tangan dan kaki kerana berasa sempit dan berasa tidak perlu menggunakannya. Walhal satu kerugian besar kerana Allah Swt beri manfaat kepadanya melalui tangan dan kaki di alam dunia. Begitu juga, dengan mentaati perintah-perintah Allah di dalam kehidupan dunia ini, Allah beri manfaat dan keselamatan di alam akhirat. - Tamthil

115. Seorang guru di hadapan murid-muridnya telah mengangkat kapur dan mengatakan pemadam. Mengangkat pemadam dan mengatakan ianya kapur. Secara berterusan membentuk pemikiran dan keyakinan kepada murid bahawa kapur itu pemadam dan pemadam itu kapur. Begitulah jugalah haq dan batil, asbab berterusan, yang haq dianggap batil, kebatilan pula dianggap haq(benar). - Tamthil

116. Maka nanti jika ada anak laki-laki datang mau melamar anak kita, yang pertama kali kita seleksi adalah kita tanyakan, “Dimana kamu tadi shubuh sholat ?” kalau di jawab, “di rumah.” Maka katakan. “Maaf saya tidak bisa menikahkan anak saya dengan orang yang tidak sempurna kelaki-lakiannya” - Mufti Muhammad Luthfi Al Banjari

117. Kebanyakan dari kita beramal tapi kosong dari fadhilah, sehingga lewat begitu saja. Beramal tapi seperti adat atau kebiasaan, tidak ada pengharapan. Begitu juga ketika melakukan maksiat, tidak ada sangkutan pada ancaman. Sehingga ketika melakukan maksiat santai saja, tidak menganggap bahwa itu akan mendatangkan ancaman besar di akherat. Oleh sebab itu bagaimana dalam setiap amalan ini kita hadirkan fadhilahnya. - Maulana Muhammad Saad

118. Jika kamu datang ke markaz Da'wah tetapi tidak bawa fikir Nabi untuk umat, maka kamu hanya dapat pahala tetapi tidak mendapatkan Nusrahtullah. - Hajji Mohammed Abd Wahhab

119. Sanggup dan ketidaksanggupan itu seperti membesarkan sepohon pokok. Tatkala seseorang menyatakan sanggup, maka pohon kesanggupannya tumbuh sihat, berakar kukuh, membesar, mengeluarkan dedaunan, berbuah dan menghasilkan anak pokok yang lain. Begitu juga sebaliknya dengan menyatakan tidak sanggup dia sebenarnya sedang menanam dan membesarkan pohon ketidaksanggupan. - Tamthil

120. Jika hatimu terpaku kepada Allah, seluruh dunia tidak akan dapat memudaratkan kamu jika mereka semuanya menjadi musuhmu. (Abu Hasan Al-Khirqani)

121. Barangsiapa yang dikasihi Allah, maka pintu untuk mengenangNya itu akan sentiasa dibuka kepadanya. (Abu Sa'id al-Khiraz)

122. Takut kepada Allah menimbulkan rindu kepadaNya dan mendapat rahmatNya. (Harith al-Muhasibi)

123. Makan kenyang itu mengaburkan cermin hati. (Harith al-Muhasibi)

124. Orang yang cinta dunia tidak akan merasa Allah. Di pandangan Allah, dunia ini tidak berharga lebih dari seekor nyamuk. (Harith al-Muhasibi)

125. Orang yang membuangkan cinta kepada dunia akan dapat merasai cinta Allah dan mencapai cinta itu. (Ma'ruf al-Karkhi)

126. Pada orang yang benar-benar menghambakan dirinya kepada Allah, maka Allah akan jagakan dia bila sampai waktu solat sekiranya ia tertidur. (Suhail Abdullah al-Tustari)

127. Hiduplah di dunia ini untuk bekal ke akhirat. Ketahuilah bahawa orang cinta kepada Allah itu tidak tamak kepada dunia. (Sirri al-Saqti)

128. Makhluk yang paling dimuliakan oleh Allah ialah manusia, namun begitu manusia melakukan banyak dosa. (Sirri al-Saqti)

129. Barangsiapa makan banyak akan jadi mangsa hawa-nafsu. Di perut yang lapar itu terletak rahmat Allah dan sinarNya. (Yahya bin Ma'adz Ar-Razi)

130. Jika tiga perkara ini dibuang, seseorang itu akan mencapai mutu keruhanian yang tinggi, iaitu: membuang keinginan hendak pangkat dan kemuliaan, membuang keinginan hawa-nafsu, dan membuang hal-hal keduniaan. (Yahya bin Ma'adz Ar-Razi)

131. Kamu itu hamba Allah, hiduplah sebagai hamba. (Yusuf al-Husain ar-Razi)

132. Berharaplah kepada Allah, seperti harapnya pengemis kepada sedekah orang kaya. (Abu Hafs al-Hadad)

133. Jika kamu berhutang, janganlah harap untuk membayar hutang itu melalui pertolongan makhluk, berharaplah kepada Allah dan Dia akan membayar hutangmu itu. (Hamdun al-Qassar)

134. Empat ratus orang guru ugama sebulat suara berkata bahawa seseorang itu hendaklah melakukan ibadatnya dengan penuh khusuk hingga tidak terlintas dalam fikirannya yang lain kecuali Allah. (Junaid Al-Baghdadi)

135. Abu Sufyan berkata: “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang mencintai seseorang seperti kecintaan para sahabat Muhammad kepada Muhammad.” (as Sirah, al-Bidayah wan Nihayah)

136. Sebagaimana musang dan ayam tidak akan duduk diam dalam satu kandang, begitu juga kebesaran mahkluk dan kebesaran Allah tidak akan bersatu dalam hati manusia. - Tamthil

137. Orang yang paling agung ialah orang yang menyerahkan kehendaknya kepada kehendak Allah dan dia redha dengan Allah. (Junaid Al-Baghdadi)

138. Hamba Allah menyembah Allah sahaja, tidak yang lain. (Junaid Al-Baghdadi)

139. Berkata Tsabit bin Qurroh rahimahullah: “Sihatnya badan dengan sedikit makan, sihatnya ruh dengan sedikit dosa, sihatnya lisan dengan sedikit berbicara.” (at-Tibbun Nabawi 1/167)

140. Berkata Imam Ibnu Ajlan rahimahullah: “Setiap titisan air mata yang mengalir kerana membaca al-Qur'an maka dia dirahmati oleh Allah Ta'ala.” (Ar-Riqqotu Wal Bukak, 1/83)

141. Imam Fudhail bin Iyadh rahimahullah menangis di masjid ketika mendengar adzan sehingga pasir di hadapannya basah oleh tangisannya. (Ar-Riqqotu Wal-Bukak, 1/183)

142. Abu Zaid rahimahullah berkata: “Aku melihat amirul mu'minin Umar bin Abdil Aziz rahimahullah menangis di atas mimbar, tidak mampu bercakap kerana tangisannya yang sangat kuat.” (Ar-Riqqotu Wal Bukak, 1/111)

143. Berkata Imam Ibnul Qoyyim al-Jauziyyah rahimahullah: “Maka dengan tauhid seorang hamba mengawali kehidupannya dalam Islam, dan dengannya pula ia mengakhirinya keluar daripada dunia ini.” (Madarijus Salikin: 3/443)

144. Berkata Ibnu Taimiyyah rahimahullah: “Tidak akan berlaku fitnah kepada bangsa ini melainkan perintah Allah telah ditinggalkan, sesungguhnya Allah memerintahkan supaya mengikuti kebenaran dan sabar, fitnah muncul kerana sabar dan kebenaran telah ditinggalkan.” (al-Istiqomah, 1/39)

145. Berkata Imam Bilal bin Sa'ad rahimahullah: “Janganlah engkau melihat kecilnya dosa tetapi lihatlah keagungan Dzat yang engkau maksiati.” (Jami'ul Ulum Wal Hikam/ 525-526)

146. Membuang hawa-nafsu akan membawa perdampingan dengan Allah. (Junaid Al-Baghdadi)

147. Maulana Muhammad Yusuf rah.a berkata kepada seseorang berkenaan amar ma'ruf nahi mungkar: “Hadith tentang hal ini bunyinya, Jika kamu melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan, bukan hancurkanlah tetapi ubahlah! Lihatlah oleh kamu orang-orang yang telah keluar di jalan Allah telah berubah kehidupannya dalam ketaatan.”

148. Orang yang mengaku cinta kepada Allah tetapi tidak mahu membantu saudaranya untuk cinta kepada Allah dan tidak berusaha supaya Allah cinta kepada saudaranya tersebut, maka Allah tidak akan cinta kepadanya. Walaupun orang ini adalah seorang ahli dzikir dan ahli ibadah. - Hajji Mohammed Abd Wahhab

149. Kini umat jauh daripada kehidupan agama kerana tiada gerak. Orang yang tidak bergerak hanyalah orang mati. Maka jika umat ini tidak digerakkan, maka umat ini mati. Semua orang bergerak tetapi demi kepentingan kebendaan bukan kerana agama sehingga nilai kebendaan dunia terus meningkat. Justeru itu, pembaikan umat ini perlu dengan jalan Hijrah, bergerak kerana Agama. - Tamthil


150. Bayan Asar di Markaz Kakril, Meiji Mehrab rah.a mengatakan: “Saudara-saudara sekalian, sesungguhnya hakikat al-Quran dan Hadith tidak akan dapat melalui kalam wal qalam (kata-kata atau penulisan) tetapi hakikat al-Quran dan Hadith akan dapat melalui bil qadam(kaki) - bermujahadah di jalan Allah.”
close